taraaa :)) dgn penuh kesabaran aku upload la semua gambar coursemates aku dlm sem 2 ni.
fuhh~ sabar ja la menunggu.
so, here we start :)




gambar-gambar semua kat atas ni semua gambar bersuka ria. hehe.
kenapa bersuka ria? sebab, semua ni bukan gmbr waktu kuliah. kalau waktu kuliah, kami
kami semua meeeemang skema. kalau kuliah, memang kuliah la tu.
tiada sorg pun yg bagi kuar hphne :0 (eh, yaka? tipu la kan :P)
.bmp)



kalau gambar pakai baju bengkel ni, memang sah masuk bengkel la. tapi kami
panggil baju turun padang. sebab kami mana ada bengkel. setakat sem 2 ni, kami masuk makmal kejuruteraan dgn turun padang tuk buat amali ukur kejuruteraan. haaa, makmal tu
kira bengkel ka? ;) pastu makmal ni pula, terbahagi kepada 4 lagi. makmal konkrit,
makmal bata, makmal paip, dann makmal kayu. kalau time masuk makmal ja,
memang tidak sah la kalau tiada org yg amik gambar :)) dan yaaaaaaanggg
paaaaaaling penting, aku suka masuk makmal dan sukaaa saaangat
pakai baju bengkel.



haaaaaaa, yang ni paling fevrett budak budak kelas aku. pantang dengar kelas cancel,
mulalah tu plan maw pegi mana. haihh. masa yg ada bukannya masanya tuk
siapkan assignment. tapi masa unutk tengok wyg dan melepak sana sini. hihi~

nampak anak panah kat dlm gambar atas ni? ha yg first dari kiri ada kena tunjuk tu nama dia Shahril. yg satu lagi nama dia Saffariezan. kami pggl dia ijan. diorg dua ni asal
dari tawau. DAAAANNN yang paling penting, mereka dua ni la yang
selalu menjadikan aku sebagai mangsa buli dalam kelas. mereka dua jugalah yang
suka sakat aku dlm kelas pastu panggil aku kecik. haihh~ start dari kena buli sampailah skrg,
memang nama aku kecik lah dalam kelas. pantang nampak aku free sikit,
"Oi kecik!!" haaa mula lah tuuu. adalah benda dibuat bahan. ouhya, yg baju biru tu,
nama dia Tan. siapa ada apa-apa masalah pasal maths, dan apa ja la yg kira-kira ni,
sila jumpa dengan Tan. segala masalah boleh diselesaikan :)
gambar yang ni plak, hmm first dari kiri nama dia fredy ;) berasal dari sipitang. yg sebelah tu
nama dia rendy. kami klu ada apa-apa masalah pasal kelas, mmg cari fredy la.
sbb fredy ni wakil kelas. kalau dulu-dulu masa zaman sekolah panggil, ketua kelas. fredy ni
kadang-kadang kesian jugakla aku tgk. ke hulu ke hilir urus pasal kelas. klu kelas cancel, mmg
dia lah org first dpt msg dari lect, pastu sebar kat semua kawan. jadi kalau maw taw kelas
ada ka tiada, sila call fredy :P
okayyyy. Sekarang ni pulak, tengah semester break. lepas tu bila semester baru buka nnt, kami
semua kena praktikal tempat masing-masing. maknanya, kami tidak akan jumpa 7 bulan mcm tu. rinduuuu sangat sangattt. time last paper hari tu, sebelum masuk dewan, semua salam- salam satu kelas. say gudluck tuk praktikal nanti. auww~ sedih. mood maw jwb paper pun
jadi sebak. kami buat mcm tu sebab maybe ada yang akan keluar awal lepas habis ja jawab paper. memang sedihlah sebelum masuk dewan tu. kira lepak ngn kawan last time la. haihh~
masing-masing bagi pesanan jaga diri la, apa semua bla bla bla. sedihh.
daaaaaaannn pesanan yang paling comel dan buat aku maw nangis dan tidak terkata ialah pesanan dari Shahril ngn ijan. si pembuli tegar. diorg ckp,
"kecik kecik, nanti time praktikal makan byk byk kat rumah k? biar masuk sem 4 nanti gemuk sikit. (sambil kembungkan pipi)" aduih.
time tu aku sangattt tidak terkata pastu aku masuk dewan terus. sebak ouh. tu pun time dekat pintu,siap jerit-jerit lagi, "kecik jgn lupa mkn!" duih. mood jawab paper hilang sekejap.
nasib boleh kontrol lagi. diorg ni, buli-buli org pun, dalam hati ada taman jugak.
igtkan, dalam hati ada loji. hehe :)
anywayyy, aku rindu semuaa. balik rumah pun, hati sayu gila. berat kaki melangkah.
apapun, hope semua selamat dan boleh jumpa sem 4 nnt, insyaAllah :)