Friday, June 11, 2010

Bila lelaki ..

ehem ehem >:)


Itu kawan saya. Nama dia Hafiz. Dia single. hehehe. Petang tadi keluar dengan shema dan hafiz. Selepas itu, hafiz ingin membeli sesuatu untuk dihadiahkan kepada entah siapa. Tapi dia malu. Selepas shema pulang, dia mengajak saya untuk membantunya memilih keychain cute yang sesuai untuk diberikan kepada entah siapa. Jadi, saya pun pergilah membantunya. Eh, susah sangatkah pilih present untuk perempuan hafiz? yang penting ikhlas. Tapi, kes tadi, memang ko ikhlas pun tapi bingung pilih mana satu kan? hehehe. Selesai memilih, aku pun pergilah cashier tolong dia bayar. Dia beli dua bijik keychain, rabbit warna pink. cuteeee :) entah siapalah dia maw bagi. Bila aku tanya, dia ckp, satu bagi adik satu lagi bagi nenek. OK T___T jawapan yang memang jawapan standard tuk cover sesuatu yang dirahsiakan. Kau curang dengan aku ya hafiz? hmmm. Ouh, sebelum itu, hafiz ada tanya "zira, ko maw? pilihlah cepat". aku jawab tidak (dengan perasaan yang malu-malu kucing,padahal maw jugak sebenarnya. hahaha) Selepas itu, kami pun bersurai untuk pulang :)
Sekian, karangan untuk hari ini.
*bila sampai rumah, menyesal pulak orang offer belikan keychain cute ni tapi aku tolak :P