Sunday, June 20, 2010

OH-hari Isnin

Assalamualaikum semua


OK. hari ini saya akan bercerita mengenai hari esok.
*saya ? OK. maw guna kata ganti diri yang baru la pulak. comel dan sopan gitu

AMARAN KERAS. sila baca entri ini dengan mood excited. Saya ulangi, EXCITED ! hehe


Sebenarnya begini tuan-tuan & puan-puan sekalian alam. Esok saya start L.i sudah. (Kalau dalam bahasa universiti panggil praktikal) Oh. L.i stand for Latihan Industri. Di mana? sila baca disini. malas maw taip balik. Siap upload gambar lagi ni. Excited betul ! So, mari kita layan pictures. OK? :)


OK. Ini surat pengenalan diri. Alarh, sama mcm kad pengenalan jugak benda ni. Dalam surat ni, dia ada menyatakan saya ni siapa, student dari mana, dan bla bla bla. Surat ni penting tuk bawa esok pagi. Manalah taw kan pegawai yang setuju ambil saya tempoh hari lupa saya ni siapa. Nda pun buat-buat lupakah. hehe. So, ini memang penting :)

Tadaaa~ memperkenalkan kepada anda semua, kawan baru saya. Dia akan menemani saya selama 5 bulan. OK. Ini dipanggil buku laporan harian. Dalam bahasa lain, dipanggil blog. eceh. bukanlah. Diari ! Benda ni saya mesti bawa setiap hari. Kalaulah tiba-tiba ada pensyarah yang datang buat rondaan, dan benda ni tiada, maka markah akan di tolak. Lagi pun benda ni memang penting la. Mesti bawa punya. Apa kerja yang yg kita buat, lihat dan dengar, semua mesti catat dalam ni. (Kalaulah buku ni boleh buat mcm blog kan best) Tapi nda boleh tuan-tuan dan puan-puan ye. Ini diari skema. Mana boleh ikut suka hati maw letak link, join-join contest dlm ni. Lepastu tiba-tiba pulak dapat award, kena tag lagi, klik-klik nuffnang T__T

Bila buka helaian pertama diari ni, nampak muka yang seposen tu. Gambar pasport ye tuan-tuan dan puan-puan. Mana boleh letak gambar yang ada peace-peace buat mulut muncung tu.

Lepastu, kalau buka helaian paaaaaling belakang diari ni, ada baanyak muka surat yang dilipat-lipat. OK. itu surat ye tuan-tuan dan puan-puan. Benda ni perlu hantar balik pegi Politeknik dalam masa 7 hari. Yang dekat atas ni, kad maklumat lapor diri. Konon-konon kalau sudah ahantar peg poli nnt, student ni sudah lapor dirilah.


Yang ini pun penting jugak. Kena hantar balik pegi poli. Nampak kotak kosong disebelah tu, ha tu utk main tic tac toe. Alarh yang X O X O tu. klu kau dapat X straight, makanya kau menang. Ok. Tipu T__T dalam tu kena lukis pelan dimana saya akan praktikal. Untuk menyenangkan pensyarah datang menziarah la konon.


Sebenarnya kan tuan-tuan dan puan-puan, dalam 2 3 hari ni, saya busy baca benda ni. Kalau dulu-dulu, buku macam ni, saya mana pandang. Sombong betul ! DAN saya betul-betul akan menyesal kalau tidak baca buku ni ya tuan-tuan dan puan-puan. Nasib saya baca walaupun pada mulanya, rasa macam terpaksa baca sebab pensyarah cakap buku panduan ni mesti baca.

Apa yang saya dapat bila baca buku panduan ni? (Ha, nasib kau la ziraa baca buku ni. Kalau nda baca, nda taw apa jadi) OK. Dulu memang ada taklimat pasal Li ni. Walaupun time taklimat tu saya macam mamai-mamai, tapi still pasang telinga lagi. Saya masih ingat, pegawai dari unit Latihan Industri tu cakap, jenis tulisan tuk laporan guna Times New Roman size 11 atau Arial Black size 12. Tapi bila baca buku ni, haaaa, nmpk yang kena bulat dalam gmbr tu, haaa tu la tu benda yang saya baru taw. Nasib baca. Kalau tidak, ikut suka hati jak kan buat laporan macam buat assignment.

Yang ni plak, cover tuk laporan. Kalau dulu, guna hard cover macam orang terima diploma or whatever la atas pentas time convocation tu. Yang tu mahal kan, tapi senang jaga. Yang ni murah, tapi mak aih, keding betul cover ni macam aku T__T koyak sekali, koyak selama-lamanya la tu. So, benda ni kena jaga baik-baik. Nanti bila habis print laporan, br keluarkan benda ni. Karang koyak pulak kalau kuar awal-awal. Sekali seumur hidup jak ni bang oi~

Bila zoom, nampak benda ni. emas gituu~ :P

OK. Kad matrik pun jangan lupa. Rupanya kena pakai jugak benda ni T__T

Anyway, doakan yang terbaik tuk saya esok pagi k dan untuk sepanjang saya Li nnt :)

nda sabar maw pegi site tengok projek ni :P