Friday, July 30, 2010

Cerita Tahun Lepas

Saya lupa tarikh saya lapor diri masuk PLKN T__T
Kota Kinabalu to Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, SELANGOR. YA! Selangor. KK to selangor T_T Mana maw cari benda yang sebahagian hidup kau kena hantar jauh-jauh naik flight free hidup 3 bulan tanpa mak bapak? Handset pun dapat hujung minggu. OK. Itu first time jauh dari mak bapak. Camping dekat sekolah dulu pun sumpah langsung tidak pernah join. Tapi sekali join benda-benda macam tu, haaa amik kau. 3 bulan terus. Macam balas dendam untuk 5 tahun dekat sekolah.
Hm.
Sebenarnya saya maw cakap, saya terdelete semua gambar PLKN. Semua ya. Bukan satu dua gambar. SEMUA T__T semuaaa. arghhhh! gila! Gambar ni pun dapat dari profile kawan kat facebook. Aduih.


Ini dormate saya. 1 orang duduk atas katil bukak snack, 23 orang akan duduk sekeliling katil tuk makan. Satu orang sakit, 23 orang akan jaga. Kalau kena tahan dekat medic, 23 orang gilir-gilir bagi teman. Rinduuu gilaaaa~ Bayangkan, saya terdelete semua gambar-gambar tu? -.- ouh, gambar atas ni masa belajar baca peta & tengok kompas ala-ala tentera dalam hutan. Penat plus mengantuk, benci. Tapi rindu.


Ini jejaka-jejaka botak company saya. Eh silap. Jejaka-jejaka macho Company Charlie yang buat saya cair bila diorang pakai full loreng (half loreng pun macho jugak). Macho gilaaa weih! Kemas. Tidak selekeh. Rindu mereka jugak. Jejaka-jejaka yang best dan suka usik kami sampai kami panas hati. Tapi tetap rindu jugak.haha


Ouh, dan yang ini. Kawan 24 jam saya. Rindu dan lost contact dengan dia. Tukar number phone tak habaq kat saya. huaaa~ Raimi Izzati Roslee, dimanakah anda syg? T_T Ada sesiapa kenal dengan dia? Budak gombak ni. Kalau kenal sila-silalah bagitaw saya.

Kenapalah jari saya tersilap tekan? Kalau tidak gambar plkn masih ada -.-