Lama-lama, kau akan belajar perbezaan halus antara perkataan 'pegang tangan' dengan 'merantai jiwa'. Kau akan belajar bahawa perkataan 5 huruf itu tidak bererti ia akan selalu berada di sana. ia tidak membawa erti hadirnya perkataan itu akan membawa satu janji.
Cerahnya matahari tidak bererti ia tidak akan menangis lalu membasahi bumi. Dan bila langit mendung percayalah pasti ada sang pelangi akan mewarnai. Dan itu memang sudah pasti. Pasti dan mesti.
Satu kau perlu tahu, kalau kau rasa kesakitannya, maknanya kau ada. Kau wujud. Ambil pisau dan potong tangan, sakit? Bukti kau wujud. Tapi perlukah kau ambil pisau dan kelar orang di sekeliling kau untuk buat dia sakit dan untuk buktikan dia itu wujud atau tidak? Jangan. Kau buka mata, kau buka hati, kalau dia ada di depan mata, ya dia wujud. Kalau kau curiga kau lihat saja. Kelipkan mata, sesaat itu pasti dia akan hilang. Biarkan dia pergi. Jangan sakiti.
Kadang-kadang aku tidak boleh bagitahu orang apa aku rasa. Bukan sebab aku tidak tau kenapa, bukan sebab aku tidak percaya orang. Tapi sebab aku tidak tau dan tidak jumpa perkataan yang boleh describe apa aku tengah rasa.
Aku sudah penat belajar untuk menjadi sempurna. Sekarang aku mahu belajar untuk hidup selesa di dalam ketidaksempurnaan.
Aku penat. Aku rasa aku mau give up.