Jangan biarkan dia tidur dalam keadaan bersedih. Kerana, dia akan guling ke kanan, guling ke kiri, duduk, baring semula, guling ke kanan sekali lagi, ke kiri sekali lagi. Kitaran yang hanya terhenti apabila dia tertidur, dan air mata membasahi bantal. Dan kau, kau akan jadi perkara pertama di fikirannya keesokan pagi. Pagi yang dia harapkan untuk kembali tidur, dalam kegelapan. Senyap. Kosong. Tolong jangan biarkan dia.
- Vanilla Popsicle