Thursday, May 17, 2012

Untuk angin yang berbisik pada jam 4 petang

- Berfikir apa agaknya khabar dia disana. Sudah masuk 6 hari aku menjauhkan diri.
Hari isnin hari rasmi kita untuk melihat wayang bukan? Sama seperti petang khamis
kalau punya waktu percuma. hmph. Rindu gila. -


Berada dalam cuti yang sangatlah unproductive memang bosan. Mengikuti semester pendek dengan mengharap result yang hanya nyawa-nyawa ikan saja. Harap semuanya baik. InsyaAllah. Rindu suasana kuliah. Rindu shema dengan ryna juga. Oh, mereka sudah habis diploma. Tahniah untuk itu. Maka dengan ini aku menghadiahkan untuk kamu proton preve sebuah untuk tiap sorang. Ya, sila jangan ternganga. Aku tahu hadiah aku biasa saja. Terimalah sebagai tanda kenangan selama dua tahun setengah kita study bersama. Semoga berjaya bagi kehidupan selepas ini untuk kalian berdua juga, ya?


Berfikir untuk berjalan-jalan di bukit belakang rumah. Sudah lama tidak menonton matahari tenggelam di sana. Nanti aku tangkap gambar bagi tengok korang ya? Itupun, kalau aku pergi.


Rindu oo. Bai